suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramadan, Aidilfitri Tiada Beza Buat Gelandangan Kota

KUALA LUMPUR: Sambutan Ramadan tahun ini tidak banyak bezanya berbanding bulan puasa terdahulu bagi golongan gelandangan di sekitar ibu negara, khususnya di kawasan Chow Kit.

Malahan, golongan yang tiada tempat tinggal atau pekerjaan ini juga masih kabur apabila ditanya mengenai sambutan menjelang Aidilfitri nanti.

Tinjauan mStar Online mendapati, golongan tidak berkemampuan itu tetap menunaikan ibadat puasa dan berbuka dengan juadah ala kadar.

Golongan ini masih bernasib baik apabila ada badan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa bermurah hati dan tampil setiap hari mengagihkan makanan sepanjang Ramadan ini.

Bagaimanapun, menyedihkan apabila melihat keadaan anak-anak gelandangan ini yang tidak dapat meraikan hari raya seperti kanak-kanak lain.

Malah, ada yang menganggap Aidilfitri tidak bermakna bagi dirinya yang kini bergelar gelandangan.


Ramadan, gelandangan, Chow Kit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain