suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut Ditembak, Dua Suspek Diburu

SERDANG: Dua lelaki yang menaiki motosikal maut selepas ditembak pada jarak dekat di kawasan perumahan Serdang Jaya di sini pada malam Rabu.

Kejadian pada kira-kira pukul 9.30 malam itu berlaku ketika kedua-dua mangsa yang menaiki sebuah motosikal didatangi dua suspek yang menaiki kenderaan sama sebelum melepaskan tembakan dan mengakibatkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, susulan itu, polis sedang memburu dua suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

Katanya, setakat ini, pihaknya juga masih menyiasat untuk mengesahkan identiti mangsa dan motif kejadian itu.

"Hasil siasatan awal, didapati suspek melepaskan lima das tembakan. Empat tembakan mengenai penunggang motosikal berkenaan dan satu tembakan dilepaskan kepada pembonceng.

"Kedua-dua lelaki berusia 25 tahun itu masing-masing bekerja sebagai mekanik dan insurans," katanya.

Razimi berkata, pasukan forensik digerakkan ke lokasi dan selepas kira-kira empat jam, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Katanya, kes berkenaan disiasat  mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel Sebelum

Artikel Lain