suria

Ahli Umno Bakar Bendera DAP Bantah MBPP Roboh Struktur Logo

GEORGE TOWN: Kira-kira 30 ahli dan penyokong Umno membakar bendera DAP pada Selasa bagi melepaskan kemarahan mereka terhadap cubaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merobohkan struktur logo UMNO di Menara Umno negeri baru-baru ini.

Mereka membakar bendera parti itu berikutan ketidakpuashatian terhadap kerajaan negeri yang dipimpin DAP.

Setiausaha Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzil bersama kumpulan terbabit hadir ke tingkat tiga bangunan Komtar yang menempatkan pejabat pentadbiran negeri bagaimanapun dihalang pegawai keselamatan.

Kumpulan berkenaan meminta pegawai keselamatan supaya membenarkan Musa untuk menyerahkan memorandum kepada pihak berkuasa.

Pegawai keselamatan MBPP, Mohd Feroze Md Noor kemudiannya menerima memorandum itu daripada Musa berikutan Datuk Bandar, Datuk Patahiyah Ismail sedang bermesyuarat.

Dilaporkan pada Selasa bahawa MBPP telah mengarahkan struktur logo di hadapan Menara Umno itu dirobohkan kerana ia dibina tanpa mendapat sebarang permit daripada pihak berkuasa tempatan.


Umno, DAP

Artikel Lain