suria

Video Warga Asing Dimaki Peniaga Jadi Viral

PETALING JAYA: Video dua warga asing dimaki beberapa peniaga kerana dikatakan ingin mengalihkan kenderaan di tapak bazar Ramadan Damansara Damai, Sungai Buloh menjadi viral di laman sosial.

Video berdurasi 57 saat itu menunjukkan beberapa peniaga mengamuk serta melemparkan kata-kata kesat kepada dua warga asing itu.

Individu yang merakam kejadian tersebut kelihatan bersetuju dengan tindakan peniaga-peniaga yang memaki warga asing tersebut.

Namun tindakan mereka dikecam netizen yang meluahkan perasaan kecewa dengan sikap peniaga yang disifatkan berkelakuan seperti samseng.

Pengguna laman sosial Facebook, Awaina Arbee berkata, "Tunjuk gangster ngan mat saleh. Where's your ramadhan spirit la? Sabaq lah sikit hang ni pun."

Manakala seorang lagi pengguna Facebook, Illiyin Abd Latif berkata, "I don't know what happened but i pity those guys kena tolak2. Seriously, menjerit tak menyelesaikan masalah."  



bazar Ramadan, Damansara Damai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain