suria

Warga Asing Disyaki Terlibat IS Ditangkap & Diusir

Tan Sri Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Seorang warga asing berusia 31 tahun ditahan kerana disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Suspek yang ditahan oleh Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman pada 9 Jun di sini, juga berada dalam senarai dikehendaki sebuah negara di utara Afrika.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek sebelum ini ditahan di negara asalnya kerana terlibat dalam aktiviti keganasan pada tahun 2007.

"Dia ditahan selama dua tahun. Kemudian pada tahun 2013, lelaki itu berlepas ke Syria untuk menyertai IS," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ketua Polis Negara berkata, suspek telah berjaya memasuki Malaysia dengan menggunakan visa pelajar yang disyaki palsu pada Mac tahun lepas.

"Kami percaya dia mungkin telah mendapat dokumen palsu melalui satu sindiket yang beroperasi di Lembah Klang.

"Visa pelajar seolah-olah 'lengkap' dengan nama universiti awam pada dokumen itu," katanya.

Khalid berkata suspek telah dihantar pulang ke negara asalnya pada Rabu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

"Kami akan menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti sindiket di sebalik pengeluaran dokumen palsu.
militan IS, KPN

Artikel Lain