suria

Jenazah Mangsa Gempa Sabah Mohammad Ghazi Selamat Dikebumi

Mohammad Ghazi Mohamed.

SINGAPURA: Jenazah Allahyarham Mohammad Ghazi Mohamed, mangsa gempa bumi di Sabah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Pusara Aman Muslim, Choa Chu Kang di sini pada Jumaat.

Guru berusia 35 tahun dari Sekolah Rendah Tanjong Katong dan seorang muridnya Navdeep Singh Jaryal Raj Kumar yang meninggal dunia di Gunung Kinabalu apabila gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Sabah pada 5 Jun lepas, merupakan dua mangsa terakhir yang diterbangkan pulang pada Jumaat.

Mohammad Ghazi meninggalkan seorang isteri, yang juga seroang guru dan tiga orang anak.

Menteri Komunikasi dan Penerangan Singapura Dr Yaacob Ibrahim berkata:" Dengan berat hati, kita panjatkan doa dan mengucapkan selamat tinggal kepada Encik Mohammad Gazi di Masjid Kampong Siglap tengah hari ini (sebelum pengkebumian).

"Saya bersimpati kepada isteri dan anaknya, yang kehilangan orang kesayangan tanpa diduga," kata beliau dalam catatan di laman Facebooknya. 

Beliau berkata, pengorbanan dan keberanian Mohammad Ghazi yang meletakkan keselamatan murid-murid di atas kepentingannya akan dikenang semua dan menjadi inspirasi kepada yang lain.

"Tiada perkataan yang mampu menjelaskan penderitaan dan kehilangan yang dihadapi oleh keluarganya. Kita perlu mencari jalan bagaimana untuk meneruskan legasinya.

"Usaha Allahyarham untuk menjadikan anak muridnya insan yang terbaik adalah nilai yang perlu disemat di dalam ingatan semua masyarakat," kata Dr Yaakob yang juga menteri yang bertanggungjawab terhadap hak ehwal orang Islam di republik itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain