suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengasas Seni Silat Lincah Omardin Mauju Meninggal Dunia

Tan Sri Omardin

KUALA LUMPUR: Pengasas Seni Silat Lincah Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju, meninggal dunia pada awal pagi Sabtu setelah menderita sakit kanser sejak sekian lama.

Allahyarham berusia 73 tahun.

Omardin meninggal dunia di Hospital KPJ Tawakal di mana beliau menerima rawatan.

Jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Puah, Batu 5 1/2, Gombak, dekat sini.

Allahyarham meninggalkan isteri, Puan Sri Raja Azizah Raja Ahmad Shah, 65 dan sembilan orang anak.

Bagaimanapun anaknya yang kedua, Wan Zurina, 43, telah meninggal dunia Oktober tahun lalu kerana kanser perut.

Omardin dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor dan dibesarkan di Kampung Puah, Gombak.

Artikel Lain