suria

Kenyataan Wan Azizah Mengenai Status Pakatan Disalah Tafsir - Azmin

SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berkata, kenyataan yang dibuat oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail perlu diberikan perhatian dan tidak sepatutnya menyalahtafsirkannya sebagai pakatan telah berpecah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya kerajaan negeri Selangor akan meneruskan pentadbirannya berikutan perpecahan antara DAP dan PAS.

"Berpegang kepada kenyataan itu. Jangan membuat tafsiran.

"Presiden berkata demikian selepas mengadakan perbincangan lanjut dengan biro politik.

"Pakatan masih lagi wujud," katanya di sini, Khamis.

Azmin berkata, ketiga-tiga parti dalam pakatan itu tidak akan berpura-pura bahawa segala-galanya baik dan mengakui terdapat perkara yang perlu ditangani.

"Oleh kerana apa yang berlaku pada Muktamar Pas lalu dan kita merasakan bahawa tindakan yang dibuat DAP agak terlalu tergesa-gesa, maka kita melihat seolah-oleh Pakatan Rakyat tidak lagi berfungsi secara formal.

"Itu sahaja. Jangan tafsir yang lebih daripada itu," tambahnya.

Azmin Ali, Pakatan Rakyat

Artikel Lain