suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakatan Akan 'Dijelmakan' Semula - Dr Mujahid

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan 'dilahirkan semula' kepada sesuatu yang lebih baik, kata bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

"Pakatan terbentuk daripada tiga parti, dan dengan satu parti telah tiada, tiada lagi Pakatan. Ia adalah sesuatu yang lain," kata Ahli Parlimen Parit Buntar.

"Apa yang saya jangkakan adalah Pakatan Rakyat akan dijelmakan semula, dalam bentuk apa, saya tidak tahu. Tetapi sesuatu yang lebih baik," katanya kepada pemberita di Parlimen, Selasa.

Dr Mujahid berkata, kini terdapat 'vakum' dalam Pakatan Rakyat, dan mana-mana parti baru yang mengisi vakum itu mesti mempunyai ideologi sama.

Bagaimanapun, beliau tidak akan bersetuju parti yang baharu itu adalah 'serpihan PAS'.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini menyatakan bahawa Pakatan tidak lagi wujud lagi selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu menerima usul muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Minggu lepas, Dr Mujahid mengumumkan peletakan jawatan serta-merta dari kedudukannya sebagai seorang ahli lembaga di Yayasan Islam Pulau Pinang (YIP) dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (Kitab).

Katanya, beliau membuat keputusan itu berdasarkan kepada resolusi yang dibuat oleh sayap Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain