suria

Peguam Negara Bentang Laporan 1MDB Pada Akhir Jun

KUALA LUMPUR: Ketua Audit Negara telah menyiapkan satu laporan interim berikutan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Peguam Negara akan dapat membentangkan laporan itu kepada jawatankuasa pada akhir bulan ini.

"PAC akan mempertimbangkan penemuan laporan interim sebaik sahaja ia dikemukakan kepada kami," kata Nur Jazlan kepada pemberita di Parlimen Isnin.

Beliau bagaimanapun berkata laporan itu tidak muktamad dan PAC tidak akan membuat pendedahan awam.

Tiada tarikh ditetapkan untuk pembentangan laporan itu kepada PAC, kata Nur Jazlan.
1MDB, PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed

Artikel Lain