suria

Peniaga Kosmetik Ditembak Mati Di Nilai

NILAI: Seorang peniaga kosmetik berusia 34 tahun ditembak mati selepas menikmati makan malam di sebuah restoran di sini, malam Jumaat.

Lim Kim Song dari Serdang, Selangor sedang berjalan menuju ke arah keretanya dengan beberapa rakan kira-kira pukul 11.15 malam sebelum didatangi dua lelaki dalam sebuah kereta Audi.

Pemandu tersebut kemudiannya menurunkan cermin kereta dan melepaskan empat das tembakan ke arah mangsa.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supritenden Abdullah Roning berkata empat das tembakan tersebut mengenai mangsa yang berdiri kira-kira empat meter dari kereta Audi tersebut.

"Rakan-rakannya membawa mangsa segera ke Hospital Tuanku Ja'afar tetapi dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan," kata Abdullah.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Abdullah berkata polis masih menyiasat motif pembunuhan itu.

Tiada tangkapan dilakukan buat masa ini.

peniaga kosmetik, maut, ditembak

Artikel Lain