suria

Empat Pelancong Bogel Tinggalkan Sabah, Enam Lagi Masih Diburu

KOTA KINABALU: Empat pelancong asing yang berbogel di Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu, meninggalkan Sabah menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) pada tengah hari Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata adik-beradik warga Kanada, Lindsey dan Danielle Petersen, Eleanor GRace Hawkins (Britain) dan Dylan Thomas Snel (Belanda) berlepas ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 12.35 tengah hari.

Katanya, polis sedang memburu enam lagi pelancong asing yang berbogel pada hari yang sama.

Polis berdepan kesukaran untuk mengesan enam individu tersebut yang tidak memberikan nama lengkap kepada Taman-Taman Sabah sebelum mereka mendaki gunung tersebut.

Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara tiga hari berkuat kuasa daripada tarikh ditahan pada 9 Jun serta denda RM5,000 terhadap keempat-empat pelancong terbabit kerana berkelakuan tidak senonoh di Gunung Kinabalu. 

Empat pelancong berkenaan membayar denda pada Jumaat dan mereka diusir dari Sabah hari ini (Sabtu).

pelancong bogel, Gunung Kinabalu

Artikel Berikut

Artikel Lain