suria

Gempa Sabah: 16 Pendaki Gunung Kinabalu Masih Hilang

KOTA KINABALU: Seramai 16 daripada 189 pendaki yang terperangkap di Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi yang melanda Sabah masih belum dapat dikesan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Affendy Ramin berkata, 16 pendaki masih hilang.

Beliau berkata, kumpulan pendaki yang terakhir tiba di pintu masuk Timpohon di kaki gunung itu pada pukul 2.46 pagi Sabtu.

Affendy berkata, operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada 3.23 pagi dan disambung semula pada pukul 5 pagi.

Antara yang dibawa turun adalah dua mayat yang merupakan malim gunung, Robbi Sapinggi dan seorang pendaki remaja yang masih belum dikenal pasti.

Tiga daripada mereka yang terselamat cedera parah manakala enam lagi mengalami kecederaan ringan.

gempa sabah

Artikel Sebelum

Artikel Lain