suria

Dialog Idea Kurang Bijak - Salleh Said

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, dialog yang dirancang tetapi akhirnya dibatalkan pada Jumaat, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menampilkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ialah idea yang kurang bijak.

Menulis dalam blognya, bekas ketua mnteri Sabah itu berkata tiada siapapun berminat mengenai apa yang Perdana Menteri hendak katakan.

Sebaliknya, mereka mahukan Najib dan Dr Mahathir terlibat dalam perdebatan. Salleh berkata, beliau sebenarnya lega acara itu dibatalkan.

Dialog sepatutnya bermula pada 10 pagi, di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tetapi dibatalkan atas arahan polis untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.

Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Najib tidak menghadiri program dialog itu kerana faktor keselamatan atas nasihat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Artikel Lain