suria

Gempa Sabah: Kebanyakan Mangsa Hilang Adalah Rakyat Malaysia, Singapura

Farhan (centre) pada sidang media di pusat media Ops Kinabalu pada Sabtu.

KUNDASANG: Sebahagian besar daripada 17 orang yang masih hilang di Gunung Kinabalu selepas gempa bumi berukuran 5.9 magnitud pada Jumaat merupakan rakyat Malaysia dan Singapura.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, enam rakyat tempatan dan lapan warga Singapura merupakan antara mereka yang hilang.

Beliau yang bercakap pada sidang media di ibu pejabat Taman Kinabalu di sini Sabtu berkata, mereka yang lain masing-masing merupakan seorang warga China, Filipina dan Jepun.

Farhan berkata, warga Singapura yang hilang merupakan antara peserta dalam kumpulan 40 orang dari Sekolah Rendah Tanjung Katong yang mendaki di laluan Via Ferrata ketika gempa bumi menggegarkan gunung itu pada kira-kira pukul 7.15 pagi Jumaat.

Menurutnya, mayat pelajar warga Singapura Peony Wee Ying Ping, 12 dan malim gunung, Robbie Sapinggi, 30 dari Kampung Kiau telah dibawa turun.

Tambahnya, kedua-dua mayat itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Operasi mencari dan menyelamat ketika ini melibatkan 48 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dan pasukan khas Jabatan Bomba dan Penyelamat (Storm) yang akan melalui laluan pendaki hampir tujuh kilometer dari pintu Timpohan di daki gunung.

Ditanya mengenai peluang mencari mereka yang hilang masih hidup, Farhan berkata: "Kita berdoa untuk yang terbaik."

Menurut Farhan, pihak berharap untuk menemui mereka yang hilang pada Sabtu dan menghentikan operasi mencari dan menyelamat.

"Kita akan terus mencari sehingga semua yang hilang ditemui," tambah Farhan.

gempa sabah

Artikel Lain