suria

"Kalau Najib Jawab Soalan, Saya Pun Nak Juga" - Tun M

Dr Mahathir berkesempatan berucap selama lapan minit sebelum diarah berhenti oleh pihak polis.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kehadiran beliau pada sesi dialog bersama Perdana Menteri yang sepatutnya diadakan pada Jumaat untuk bersama-sama menjawab segala persoalan yang dibangkitkan rakyat.

Bekas perdana menteri itu berkata, ia bagi menyelesaikan masalah  1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana melibatkan wang rakyat yang didakwanya hilang dan puncanya masih tidak diketahui.

"Sebab itu saya datang dan minta izin supaya saya juga diberi peluang sama dengan Datuk Seri Najib.

"Kalau dia (Najib) dapat satu jam, saya juga minta satu jam, kalau dia nak jawab soalan, saya juga nak jawab soalan," katanya pada sidang media selepas berkesempatan berucap pada majlis berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Bagaimanapun katanya, malangnya Najib tidak dapat hadir kerana  polis telah membatalkan majlis berkenaan.

Oleh itu, Dr Mahathir memberitahu beliau meminta untuk berucap, namun pihak polis mengarahkannya supaya berhenti.

"Saya patuh kepada undang-undang, tetapi saya minta izin supaya saya dapat bercakap dengan media sahaja.

"Inilah cubaan kita kerana saya berpendapat perkara ini diketahui umum dan melibatkan orang ramai dan mereka perlu tahu apa yang telah terjadi kepada wang yang begitu banyak, telah dipinjam dengan bersandarkan kepada kuasa kerajaan sebanyak RM42 bilion," katanya yang merujuk kepada 1MDB.

Artikel Lain