suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Kedua Mangsa Kapal Korek Karam Ditemui

JOHOR BAHARU: Mayat kedua mangsa kapal korek yang karam di perairan Pengerang Rabu lalu ditemui di kedudukan 9.3 batu nautika timur lautTanjung Penawar, Kota Tinggi petang Jumaat.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Tanjung Sedili berkata mayat lelaki belum dikenal pasti kerakyatannya itu dijumpai nelayan pada pukul 6.55 petang.

"Kapal APMM telah mengambil mayat tersebut untuk dibawa ke Jeti Marina Tanjung Pengelih seterusnya menyerahkannya kepada pihak polis bagi tindakanlanjut," katanya.

Sehingga Jumaat, dua dari 14 mangsa yang hilang telah dijumpai.

Pada kejadian 4.20 pagi itu, kapal korek yang membawa muatan pasir dipercayai dipukul ombak besar sebelum karam di 8.6 batu nautika dari Tanjung Punggai, Kota Tinggi menyebabkan 14 krunya hilang dalam kejadian itu.
-- BERNAMA

Kapal korek karam, APMM

Artikel Lain