suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perlu Dapat Kebenaran Berceramah Di Perlis

KANGAR: Mulai sekarang semua penceramah dari luar Perlis yang dijemput untuk memberi cermah di negeri ini perlu mendapat kebenaran bertulis Jabatan Mufti Perlis terlebih dahulu.

Menurut surat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang difaks kepada Bernama pada Jumaat, kebenaran itu harus dipohon selewat-lewatnya seminggu sebelum program diadakan.

Surat yang ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Abdul Malik Hussin, itu diedarkan kepada semua ketua jabatan persekutuan dan negeri, badan-badan berkanun, masjid serta badan-badan dan agensi bukan kerajaan di Perlis.

"Jabatan Mufti Perlis memutuskan kehadiran penceramah luar dari Perlis yang dijemput memberi ceramah di masjid-masjid dan agensi masing-masing hendaklah mendapat kebenaran bertulis Jabatan Mufti terlebih dahulu.

"Surat MAIPs itu susulan surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti bertarikh 21 April lepas," demikian menurut surat itu.

MAIPs, Ceramah Agama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain