suria

Dua Nelayan Hilang Di Laut Ditemui

PASIR PUTEH: Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika ke laut untuk memancing ikan dua hari lepas, dijumpai selamat dan dibawa pulang ke Pantai Sabak, Pengkalan Chepa, Jumaat.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 10 Tok Bali, Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata nelayan berkenaan Hasni Mohd Nor, 44, dan Suhaimi Hamid, 52, yang keluar ke laut 2 pagi Rabu lepas, ditemui 18 batu nautika dari barat laut Pulau Perhentian, Terengganu, pada 6 petang Khamis.

"Bot yang mereka naiki rosak dan hanyut sehingga 18 batu nautika dari barat laut, Pulau Perhentian," katanya ketika dihubungi di sini.

Nurul Hizam berkata nelayan terbabit dijumpai oleh sebuah bot pukat tunda dan bot yang rosak itu ditunda ke jeti Pantai Sabak.

Beliau berkata kedua-dua mangsa dalam keadaan sihat.

Nelayan, Laut

Artikel Berikut

Artikel Lain