suria

Tiga Maut Lori Jatuh Gaung

KOTA KINABALU:Tiga terbunuh apabila lori tiga tan yang dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter di Jalan Kimanis berhampiran pejabat Taman Negara, Papar, petang Isnin. 

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Affendy Ramin berkata seorang lagi penumpang cedera parah dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu.

Affendy berkata dua lelaki dan seorang wanita meninggal dunia dalam kejadian itu, tetapi identiti mereka belum lagi dikenalpasti.

Beliau berkata pemandu lori itu hilang kawalan selepas kenderaan itu terbabas lalu merempuh tiang elektrik sebelum terjunam ke dalam gaung

Seorang saksi Ariffin Khan berkata, ketiga-tiga mangsa telah tercampak keluar selepas kenderaan tersebut terjunam.

Beliau berkata, dia menghubungi pihak polis dan ambulans sejurus melihat kejadian tersebut.

"Saya sempat bercakap dengan lelaki yang cedera dan memberitahu terdapat dua lelaki dan seorang wanita dalam lori yang terjunam itu," kata Ariffin.

Lori, Kemalangan, Jenayah

Artikel Lain