suria

Malaysia Hadapi Isu Kepupusan Haiwan Terancam

Harimau Malaya antara mamalia yang berhadapan risiko kepupusan.

PETALING JAYA: Malaysia boleh dikategorikan sebagai salah sebuah negara berbahaya untuk haiwan terancam apabila sekurang-kurangnya satu perlima daripada spesis mamalia yang hampir pupus, termasuk kambing gurun Sumatera, dugong dan harimau Malaya.

Data Bank Dunia menunjukkan 70 daripada 336 spesis mamalia terancam di Malaysia tercatat pada 2014 dan menjadikan ia ketujuh tertinggi di dunia dalam kategori ini.

Terdapat sestengah spesies mamalia Malaysia mati termasuk kambing gurun Sumatra, badak Sumatra, dugong dan harimau Malaya dalam jumlah yang banyak di antara beratus-ratus yang lain.

Di Asia Tenggara, Malaysia menduduki tempat kedua selepas Indonesia apabila mempunyai 184 spesies mamalia terancam.

Walaupun Bank Dunia tidak memaklumkan punca sebenar, dipercayai kebanyakan spesis mamalia semakin pupus di seluruh dunia disebabkan aktiviti manusia yang tidak bermoral seperti pembalakan, pembangunan melampau, penyeludupan haiwan liar dan pemburuan haram.

Ketika dihubungi, satu organisasi pencinta alam tempatan berkata, mereka sama sekali tidak terkejut dengan data yang diperolehi.

Kambing gurun Sumatera

Menurut Pegawai Kanan Komunikasi, Elizabeth John, rantau ini terkenal dengan kewujudan pelbagai spesis tumbuhan dan haiwan yang hidup dalam persekitaran semula jadi.

"Tetapi malangnya, keindahan rantau ini menyebabkan golongan yang tidak bertanggungjawab merompak dan mengambil hasil sumber," katanya.

Selain itu, beliau turut memberi amaran bahawa hidupan liar lain  seperti burung, ikan dan tumbuh-tumbuhan juga berhadapan risiko.

Kos yang diperlukan untuk mengembalikan hidupan ini bukan sahaja mahal, malah mustahil untuk dilakukan sekiranya hidupan ini diancam kepupusan.

"Pelaburan terhadap perlindungan dan mencegah ancaman adalah tindakan yang masuk akal," katanya.

Pengarah Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar Malaysia, Dr Melvin Gumal berkata, data yang diterima mengesahkan apa yang dilihat oleh ahli biologi setiap hari.

"Kita bakal menyaksikan kehilangan warisan semula jadi dan spesis hidupan liar sekiranya tidak mengubah budaya ini," katanya.

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Henry Goh berkata, undang-undang lebih kukuh dan penguatkuasaan yang lebih perlu dilaksanakan terhadap golongan yang melakukan jenayah hidupan liar.

Goh menjelaskan bahawa bukan kerajaan sahaja yang perlu memainkan peranan, malah orang awam perlu berwaspada bagi mengelak keadaan ini berlaku.

"Setiap orang mempunyai peranan masing-masing," katanya.

Sementara itu, dilaporkan hampir 100 harimau yang masih hidup dan anggota haiwan tersebut dirampas pihak berkuasa antara 2000 hingga 2012.

Jumlah itu dianggap besar kerana mungkin terdapat antara 250 hingga 340 harimau sahaja yang masih wujud di hutan belantara Malaysia. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain