suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengurus Ladang Ditembak Mati Semasa Bayar Gaji Pekerja

KOTA KINABALU: Seorang pengurus ladang ditembak mati manakala pemilik ladang tersebut mengalami kecederaan dalam insiden rompakan semasa pembayaran gaji pekerja di Kinabatangan, Sabah.

Pengurus Yuen Wing Wah, 50, disahkan maut sebaik tiba di hospital Kinabatangan manakala pemilik ladang, Danny Wong, 30, masih berada dalam keadaan kritikal selepas kumpulan bersenjata dipercayai pekerja di ladang tersebut melepaskan tembakan sebelum melarikan wang gaji tersebut kira-kira pukul 6 petang Isnin.

Jumlah sebenar wang yang dilarikan masih belum disahkan tetapi ia dipercayai antara RM18,000 dan RM84,000.

Insiden itu berlaku di pejabat Ladang Tongsang di Sukau, Kinabatangan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis mengenal pasti dua suspek berusia dalam awal 20-an.

Katanya, usaha sedang dijalankan untuk memburu mereka.

Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan.
pengurus ladang, maut, rompakan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain