suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gubal Undang-Undang: Bincang Peringkat Jawatankuasa Sebelum Ke Parlimen

Nancy Shukri.
NUSAJAYA: Penggubalan undang-undang perlu dibincangkan dalam satu jawatankuasa sebelum ia dibentangkan untuk menjimatkan tempoh perbahasan di Parlimen, kata Nancy Shukri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata perbincangan oleh Jawatankuasa Keistimewaan Parlimen atau Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang akan memastikan Ahli Parlimen mempunyai masa yang cukup untuk perbahasan, berbincang dan untuk membuat perubahan kepada undang-undang dicadangkan sebelum ianya dibentangkan.

Nancy berkata Jawatankuasa Keistimewaan Parlimen kali terakhir bertemu pada 2004 dan beliau tidak mengetahui mengapa ia ditinggalkan kerana bukan Ahli Parlimen pada waktu itu.

"Saya akan menjadi lebih gembira untuk mencadangkan penggunaan Jawatankuasa Keistimewaan Parlimen di Dewan Rakyat untuk kepentingan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang," kata Nancy.

Beliau berpendapat adalah lebih baik rang undang-undang yang dicadangkan dibincangkan di peringkat jawatankuasa yang terdiri daripada Ahli Parlimen BN dan pembangkang untuk menjimatkan tempoh perbahasan di Parlimen.

"Kita boleh ikuti apa yang dilakukan Ahli Parlimen di Australia dan Britain dimana undang-undang yang dicadangkan dibincangkan di peringkat jawatankuasa," katanya.

Artikel Lain