suria

Dua Kes Keracunan Kerang-Kerangan Paralitik Dilaporkan Di Labuan

Fenomena air pasang merah yang menjadi punca gejala keracunan kerang-kerangan paralitik.

LABUAN: Dua kes keracunan kerang-kerangan paralitik (PSP) dilaporkan di Labuan berikutan fenomena air pasang merah di perairan pulau berkenaan, sejak awal bulan ini.

Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Ismail Ali berkata, dua nelayan tempatan di Sungai Miri di sini disahkan mempunyai gejala PSP dan telah dirawat sebagai pesakit luar pada Khamis.

"Mereka telah disahkan mempunyai simptom berkenaan selepas makan makanan laut dan dinasihatkan supaya segera melaporkan kepada hospital jika simpton berkenaan berterusan," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Beliau berkata, gejala awal termasuk kesemutan bibir dan sakit kepala yang teruk dan boleh menyebabkan lumpuh pada dada pesakit dan otot perut yang boleh menyebabkan kematian dalam tempoh dua hingga 23 jam.

Beliau berkata, penduduk kampung yang tinggal berhampiran kawasan pantai mesti mengelak daripada memakan sebarang jenis kerang-kerangan atau plakton  berinjap dua segera.

Air pasang merah dinamakan selepas warna kemerahan yang dihasilkan plankton bertoksin dan hidupan laut tertentu yang memakan plankton yang tercemar sekali gus menyebabkan kematian di Sabah pada awal 1980-an.-- Bernama

paralitik, PSP, Labuan, Sungai Miri

Artikel Lain