suria

Rafizi Persoal Enam Kereta BMW Guna Jata Negara

Rafizi Ramli.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan penggunaan jata negara pada enam kereta mewah yang diletakkan di sebuah bilik pameran kereta di Puchong.

"Pagi ini, saya dapat maklumat dan gambar enam kereta BMW 7- Series di sebuah bilik pameran kereta di Bandar Puteri, Puchong yang tidak mempunyai nombor plat lesen.

"Sebaliknya, kereta mewah tersebut menggunakan jata negara sehingga mencetuskan spekulasi bahawa ia dimiliki kerajaan Persekutuan," kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini Rabu.

"Jata negara tidak boleh digunakan sesuka hati. Sekiranya BMW tersebut diletakkan di luar bilik pameran dengan jata negara, ini bermaksud ia adalah kereta rasmi.

"Sama ada kereta tersebut berada di sana untuk penghantaran atau servis, adalah penting bagi kerajaan untuk menjelaskan isu ini. Jika benar kerajaan Persekutuan membeli kereta tersebut, maka ada persoalan yang perlu mereka jawab," katanya.

"Sekiranya kereta tersebut bernilai lebih setengah juta, mengapa anda tidak membeli kereta Proton?

"Lagipun, kereta Proton memiliki standard sama pada hari ini," kata Rafizi yang merujuk jawapan kepada Parlimen dari Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa bahawa Proton setanding dengan kereta premium yang lain.'


Rafizi Ramli, BMW, Proton, jata negara

Artikel Berikut

Artikel Lain