suria

75 PATI Ditahan Dalam Ops Ikrar

Gambar hiasan.
SEREMBAN: Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan 75 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Ikrar di hadapan tapak projek perumahan Chemara Hills di sini Rabu.

Timbalan Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Imigresen negeri, Azil Ashazly Abdul Aziz berkata dalam operasi 3 jam setengah mulai 12 tengah malam itu, pihaknya menahan 37 PATI warga Indonesia (10 wanita, 27 lelaki); 35 lelaki (Bangladesh); dua lelaki (Myanmar) dan seorang lelaki (Pakistan).

"Mereka yang ditahan berumur antara 22 dan 50 tahun.

Kesemua warga asing yang ditahan itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Per.39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya di sini.

Beliau berkata seramai 257 warga asing diperiksa dalam operasi itu yang membabitkan 27 pegawai Jabatan Imigresen negeri.

Katanya seorang tahanan lelaki warga Bangladesh berumur 24 tahun dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban di sini untuk menerima rawatan setelah mengalami kecederaan di tangan ketika cuba mengelak pemeriksaan.

Beliau berkata kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng dekat sini untuk siasatan lanjut.

PATI, Ops Ikrar

Artikel Lain