suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nahas Helikopter: Abu Mendiang Tan Disemadikan

ALOR SETAR: Abu mendiang Datuk Tan Huat Seang selamat disemadikan di Prestavest Memorial Park, di Kebun 500, Pokok Sena dekat sini kira-kira 12 tengah hari Rabu.

Pengebumian abu mendiang dihadiri anggota keluarga dan sahabat handai.

Upacara keagamaan berlangsung sebelum itu di kediaman Tan di Taman Golf di sini pada 9 pagi.

Kira-kira 300 orang hadir dalam upacara keagamaan itu untuk memberi  penghormatan terakhir kepada mendiang Tan.

Abu mendiang dibawa keluar dari kediamannya kira-kira 11.30 pagi dan dibawa terus ke Prestavest Memorial Park untuk upacara pengebumian.

Mendiang Tan meninggalkan seorang isteri, Datin Yee Siew Yen, 58, dan empat anak iaitu dua lelaki - Tan Hon Yew, 27, dan Tan Hong Liang, 35; serta dua perempuan - Tan Lee Fong, 32, dan Tan Lee Peng, 28.

Mendiang yang merupakan pemilik Syarikat SP Baiduri Sdn Bhd dan lima lagi mangsa terkorban selepas helikopter AS365N2 Dauphin (9M-1GB) yang dinaiki mereka terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang Sabtu.

Antara yang terkorban Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

Tiga lagi mangsa ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier, Aidana Baizieva (rakan juruterbang) dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain