Kerajaan Sedia Geran Permulaan Prasekolah RM4.42 Juta - Semasa | mStar

Kerajaan Sedia Geran Permulaan Prasekolah RM4.42 Juta

P. Kamalanathan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memberikan geran permulaan kepada 257 sektor swasta dengan peruntukan sebanyak RM4.42 juta pada tahun lepas dalam usaha memperluas pendidikan prasekolah di seluruh negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata kerajaan juga turut menyediakan bantuan yuran kepada 41,109 murid yang layak di sekolah swasta dengan peruntukan sebanyak RM36.6 juta.

"Pembinaan prasekolah baharu adalah berdasarkan beberapa faktor termasuk jumlah calon murid prasekolah sekurang-kurangnya 25 orang murid dalam satu kelas, memastikan tiada prasekolah dari agensi kerajaan yang lain seperti Kemas dan keupayaan kewangan semasa kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang ingin tahu mengenai kesediaan kerajaan membina kelas prasekolah di semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sebelum tahun 2020.

Kamalanathan berkata kelas prasekolah di SJKT akan diperluas kepada 11 kelas tahun ini menjadikan keseluruhan kelas prasekolah di SJKT sebanyak 233.
geran , prasekolah , P. Kamalanathan

Artikel Sebelum

75 PATI Ditahan Dalam Ops Ikrar

Artikel Berikut

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain