Berita Ketua Menteri Melaka Terbabit Kemalangan Palsu - Semasa | mStar

Berita Ketua Menteri Melaka Terbabit Kemalangan Palsu

Idris Haron.
Idris Haron.

PETALING JAYA: Berita mengenai kemalangan melibatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron yang tersebar pada petang Isnin adalah palsu.

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Ketua Menteri Melaka pada malam Isnin.

"Adalah dimaklumkan bahawa sebaran maklumat berhubung kemalangan yang melibatkan Datuk Seri Ir Idris Haron yang diterima petang ini adalah palsu dan tidak benar," kata Pejabat Ketua Menteri Melaka dalam satu kenyataan pada Isnin.

Berita palsu mengenai kemalangan melibatkan Idris itu tersebar pada petang Isnin menerusi aplikasi telefon pintar, Whatsapp: "Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir Idris Haron eksiden (kemalangan) kat air keroh keadaan 50-50… van langgar depan depan. Berdoa semoga beliau selamat, keadaan kritikal.” 

Menurut kenyataan itu, Idris sedang bermesyuarat bersama Asian Development Bank berhubung Pelan Pembangunan Teknologi Hijau di Kuala Lumpur, malam Isnin.

"Bersama-sama beliau ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Naim Abu Bakar dan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Wira Md Yunos Husin," tambah kenyataan itu. 

Idris Haron

Artikel Sebelum

Rosmah Terima Anugerah Citra Dewangga

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel