suria

#KitaLawan: Rafizi, Fariz, Hishammuddin Dibebas Dengan Ikat Jamin

(Dari kiri) Rafizi, Fariz dan Hishammuddin dibebaskan dengan ikat jamin pada Isnin.

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang sebelum ini ditahan berhubung himpunan #KitaLawan dibebaskan dengan ikat jamin pada Isnin.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan berkata, selain Rafizi, Setiausaha Pengelola PKR, Fariz Musa dan aktivis, Hishammuddin Rais yang sebelum ini ditahan berhubung himpunan #KitaLawan turut dibebaskan dengan ikat jamin.

"Rafizi Ramli, Fariz Musa dan Hishammuddin Rais telah dibebaskan dengan ikat jamin.

"Mereka ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Dang Wangi sekarang," kata Fahmi pada Isnin.

Rafizi dan Hishamuddin ditahan pada Jumaat lalu, manakala Fariz ditahan pada malam Sabtu, bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan yang diadakan pada Sabtu. 

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, penahanan Rafizi pada Jumaat lalu bagi membantu siasatan berhubung tindakannya mengeluarkan surat mengarahkan penyokong parti itu untuk mengadakan himpunan haram #KitaLawan pada Sabtu lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain