suria

Tambahan 1,315 Ubat Dalam Senarai Bebas GST - Kastam

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,315 ubat tambahan dimasukkan dalam senarai bekalan yang dikenakan kadar sifar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Penolong Pengarah Kanan II Bahagian GST Kastam, Norazura Hashim berkata, senarai awal sebelum ini hanya melibatkan 2,900 ubat dan jumlah keseluruhan kini sebanyak 4,215 ubat.

Senarai penuh ubat yang dikecualikan cukai boleh didapati di laman web Jabatan Kastam.

"Tambahan ubat yang dikenakan cukai kadar sifar diluluskan baharu ini selepas ia dibangkitkan oleh pihak berkuasa berkaitan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita semasa taklimat khas berkaitan kesihatan dan GST di sini, Khamis.

GST, Jabatan Kastam

Artikel Berikut

"Dengar Dahulu" - Hadi

Artikel Lain