Suami Diperintah Bela Diri Tuduhan Bunuh Eksekutif Pentadbiran TV9 - Semasa | mStar

IKLAN

IKLAN

Suami Diperintah Bela Diri Tuduhan Bunuh Eksekutif Pentadbiran TV9

Norazman (tengah) dibawa oleh polis ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis. Foto K.K. SHAM / THE STAR

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini Khamis memerintahkan suami kepada eksekutif pentadbiran TV9 Nur Syaleza Jaffar, membela diri atas tuduhan membunuh wanita itu, tiga tahun lepas.

Hakim, Datuk Abdul Halim Aman memutuskan sedemikian selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Mahkamah menetapkan Jumaat bagi tertuduh, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 34, membela diri.

IKLAN

Terdahulu, tertuduh memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia akan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Seramai 24 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula 16 Oktober tahun lepas.

Norazman Bashah didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediaman mereka di satu alamat di Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya, antara 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai 2012.

Bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar dan T. Deepa Nair sementara tertuduh diwakili peguam Muhammad Fadhli Sutris dan Shah Rizal Abdul Manan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

IKLAN

IKLAN

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Rafizi luah kecewa pada siapa?

Hadiah Krismas 'Jho Low' melucukan