suria

1MDB: Hutang Bank Tempatan Lebih RM5 Bilion

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendedahkan bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mempunyai jumlah hutang sebanyak RM5.037 billion dengan beberapa tempatan.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Khamis, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah hutang itu adalah sehingga Januari tahun ini.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) berhubung hutang syarikat milik penuh kerajaan itu.

Sebelum ini Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan menyuntik dana sebanyak RM950 juta kepada 1MDB sebagai kredit tersedia.

Beliau berkata, dana berkenaan adalah bagi membantu menyelesaikan masalah aliran tunai 1MDB secara sementara sebelum syarikat itu membuat tawaran awam permulaan (IPO) yang dijangka pada September ini.

1MDB mencetus kontroversi kerana dana pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu kini mempunyai hutang hampir RM42 bilion dan menghadapi masalah aliran tunai kerana pendapatan daripada aset tidak dapat menampung kos operasi dan bayaran faedah.

1MDB, Dewan Rakyat, PKR, Mohd Rafizi Ramli

Artikel Lain