suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sidang Khas Parlimen Singapura Untuk Penghormatan Kepada Kuan Yew

SINGAPURA: Sidang khas Parlimen Singapura akan diadakan pada Khamis jam 4 petang, menurut kenyataan Pejabat Kerani Parlimen. 

Seperti dinyatakan oleh Ketua Dewan kepada Speaker, kenyataan itu menjelaskan aturcara sidang ialah Penghormatan kepada Perdana Menteri Pengasas Singapura, mendiang Lee Kuan Yew. 

Penyertaan sidang itu adalah kepada jemputan khas saja. 

Liputan langsung akan dibuat menerusi siaran 938 LIVE; Channel News Asia; dilaman web Parlimen dan di www.rememberingLeeKuanYew.sg. 

Orang ramai boleh memberikan penghormatan mereka kepada mendiang Kuan Yew di The Hall, Parliament House dari 10 pagi hingga 8 malam mulai Rabu (25 Mac) hingga Sabtu (28 Mac).  

Untuk sebarang pertanyaan berhubung upacara penghormatan, bila hubungi 63361166. -BERNAMA

Artikel Lain