suria

Reman Pengasuh Disyaki Dera Kanak-Kanak Disambung

Tempoh tahanan reman seorang wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun sehingga meninggal dunia di Klebang Jaya, disambung tiga hari.

IPOH: Reman seorang pengasuh yang disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun disambung tiga hari lagi bermula Isnin, kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong.

Ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lebih terperinci, katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Kanak-kanak lelaki berkenaan didapati mengalami kesan luka di seluruh bahagian badan, dipercayai akibat didera.

Sebelum ini wanita berusia 26 tahun itu direman direman selama 14 hari yang berakhir bagi membantu siasatan berkaitan kes mendera adik perempuan kepada kanak-kanak lelaki berkenaan sehingga meninggal dunia pada 3 Mac lepas.

Nor Saraniya Abdullah, 3, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini selepas mangsa didapati tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan di bahagian mulut di rumah pengasuhnya di Taman Klebang Jaya, Chemor di sini.   

Hasil bedah siasat terhadap kanak-kanak itu mendapati wujud unsur kekerasandan penderaan selain punca kematian disebabkan oleh komplikasi jangkitan akibat kekurangan zat makanan.   

Wanita itu ditahan pada 2.30 petang, 4 Mac lepas di Unit Forensik hospital berkenaan.

pengasuh dera kanak-kanak

Artikel Lain