suria

ROS Masih Menyiasat Keputusan Pemilihan Semula DAP 2013 - KDN

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih menjalankan siasatan berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada 2013 walaupun parti itu telah mengadakan pemilihan semula. 

Dalam jawapan bertulis kepada Anthony Loke (DAP-Seremban), Menteri Dalam Negeri berkata ROS masih menerima 'aduan baharu' mengenai pemilihan semula DAP, yang diadakan pada setahun setengah yang lalu. 

"Siasatan ROS terhadap DAP masih berjalan, hal ini kerana jabatan berkenaan masih menerima aduan baharu walaupun pemilihan semula telah diadakan," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Loke telah bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri mengapa ROS masih enggan mengiktiraf kepimpinan parti yang baharu. 

Pada April tahun lalu, DAP telah memfailkan semakan kehakiman terhadap arahan ROS yang meminta DAP mengemukakan butiran lanjut walaupun parti itu telah mengadakan pemilihan semula. 

Bagaimanapun, parti itu menarik balik tuntutan saman tersebut lima bulan selepas itu. 

Pemilihan semula DAP diadakan selepas ROS mengugut untuk membatalkan pendaftaran parti itu ekoran berlaku kesilapan dalam pengiraan undi pada pemilihan parti yang diadakan pada Disember 2012.
pemilihan semula CEC, DAP, ROS, KDN

Artikel Lain