suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ku Li Sokong Pindaan Undang-Undang Hudud Kelantan

Tengku Razaleigh Hamzah.
GUA MUSANG: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan sokongannya terhadap pindaan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud, yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.

Tengku Razaleigh menyifatkan rang undang-undang itu sebagai baik dan berharap ia dapat dilaksanakan mengikut syariat Islam yang sebenar.

“Perkara ini sudah lama dihasratkan kerajaan negeri Kelantan dan semalam baru dibentangkan pindaan sahaja... baguslah. Tinggal lagi pelaksanaan mengikut hukum Allah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indera Petra 2 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pembentangan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, semalam.

DUN Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan rang undang-undang itu apabila mendapat sokongan daripada kesemua 44 anggota dewan. Undang-undang itu  hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf apabila ia dilaksanakan kelak.

Artikel Lain