suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Johor Umum 23 Mac Cuti Kelepasan Am Negeri Setiap Tahun

JOHOR BAHARU: Kerajaan Johor hari ini mengumumkan 23 Mac setiap tahun sebagai cuti kelepasan am negeri, mulai tahun ini, bersempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor. 

Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Ismail Karim berkata cuti tersebut yang mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim akan menggantikan cuti kelepasan am Hari Keputeraan Sultan Ibrahim, 22 November setiap tahun.

"Ini bermakna tidak ada sambutan Hari Keputeraan pada 22 November setiap tahun dan Hari Keputeraan Sultan Johor itu diisytihar pada 23 Mac setiap tahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail berkata kerajaan Johor sudah mewartakan 23 Mac sebagai cuti kelepasan am dan sedang dalam proses untuk pembatalan cuti kelepasan am pada 22 November.

Beliau berkata sehubungan pertukaran cuti tersebut, jumlah cuti kelepasan am di negeri ini kekal dan tiada elemen penambahan cuti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain