suria

Dua Pemimpin Utama Gerakan P.Pinang Letak Jawatan

GEORGE TOWN: Dua pemimpin utama Gerakan Pulau Pinang meletak jawatan baru-baru ini.

Mereka adalah Ketua Wanita Gerakan negeri Rowena Yam dan Ketua Biro Media Sosial  negeri Yeap Ban Choon.

Walaupun melatak jawatan, kedua-dua mereka masih mengekalkan keahlian dalam parti.

Ketika dihubungi, Rowena mengesahkan peletakan jawatan itu tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Buat masa ini, saya masih ahli Gerakan," katanya.

Yeap berkata beliau mengemukakan surat peletakan jawatannya sama ada pada akhir tahun lepas atau awal tahun ini.

"Saya telah meletakkan jawatan baru-baru ini dan sebab utama saya melepaskan jawatan kerana merasakan bahawa saya tidak dapat melakukan tugas dengan sepatutnya dan saya perlu berundur bagi membiarkan mereka yang mampu, memegang jawatan tersebut.

"Sebab lain kerana saya rasa saya tidak dapat lagi menyumbang dalam senario politik semasa," katanya.

Walau bagaimanapun, Pengerusi Gerakan negeri Teng Chang Yeow tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain