suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tambang Teksi, Bas Ekspres Naik Bermula 1 April

KUALA LUMPUR: Tambang bas ekspres dan teksi akan dinaikkan bermula 1 April dengan teksi bajet di Lembah Klang akan mengenakan caj 25 sen untuk setiap 200 meter.

Menurut helaian fakta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)  pada Khamis, kadar untuk teksi bajet di seluruh negara tetap sama iaitu pada kadar RM3, tetapi kadar jarak dan masanya akan disemak semula.

Bagi Teks1m, yang mana Proton Exora warna coklat digunakan, akan menyaksikan kadar baharu yang dinaikkan kepada RM4, dengan caj 30 sen akan dikenakan bagi setiap 200 meter.

Bas ekspres akan memperlihatkan kenaikan tambang semasa daripada 9.3 sen setiap km kepada 11.4 sen per km.

Menurut kertas fakta, ini bermakna satu tiket ke Ipoh dari KL akan berharga RM25.30 berbanding RM20.60 pada sebelumnya.

Struktur tambang baharu dijangka bertepatan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
tambang bas, tambang teksi, SPAD

Artikel Lain