Jabatan Penjara Bukukan Sejarah Susulan Penemuan Baharu - Semasa | mStar

Jabatan Penjara Bukukan Sejarah Susulan Penemuan Baharu

PENJARA
Jabatan Penjara bakal menerbitkan buku sejarah penjara dalam bentuk 'coffee table' pada November ini.

PETALING JAYA: Penemuan sejarah baharu mengenai penjara moden di negara ini selepas kedatangan dua banduan dari India yang dipenjarakan di Pulau Pinang pada 1790 akan dibukukan oleh Jabatan Penjara.

Buku itu akan diterbitkan dalam bentuk 'coffee table' pada November ini.

Penemuan tersebut merupakan hasil secara rasmi yang kemudian membawa kepada penetapan Hari Penjara yang kini berusia 225 tahun berbanding 208 tahun sebelum penemuan itu.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Datuk Hassan Sakimon berkata, pengeluaran dokumen seperti ‘coffee table’ ini memberi kebaikan kepada masyarakat tentang maklumat sejarah penjara yang sebenar.

“Pada peringkat awal bagi buku sejarah penjara ini, sebanyak 200 naskhah buku berbentuk 'coffee table' akan diterbitkan pada November tahun ini.

“Penerbitan ini sedikit-sebanyak memperlihatkan langkah Jabatan Penjara ke hadapan untuk kemajuan jabatan pada masa akan datang,” katanya kepada mStar Online.

Portal mStar Online pada Rabu mendedahkan tentang penemuan dokumen mengenai dua banduan dari India untuk dipenjarakan di Kota Cornwallis, Pulau Pinang pada Mac 1790 sekali gus membongkar sejarah sebenar penjara moden di Malaysia.

Penemuan dokumen mengenai dua banduan dari India untuk dipenjarakan di Kota Cornwallis, Pulau Pinang pada Mac 1790 sekali gus membongkar sejarah sebenar penjara moden di Malaysia.

Kajian itu merupakan kerjasama antara Jabatan Penjara dan penyelidik daripada Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Hassan berkata, penerbitan buku ini seiring dengan sambutan Hari Penjara pada 19 Mac (hari ini) mengenai usia penjara moden di Malaysia iaitu 225 tahun.

“Manuskrip sejarah penjara secara keseluruhan termasuk penemuan baharu sudah lengkap. Kita hanya tunggu penerbitan dan hal-hal berkaitan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, peringkat awal penerbitan adalah untuk kegunaan Jabatan Penjara dan mungkin turut diletakkan di Muzium Penjara di Bandar Hilir, Melaka.

Mengenai pasaran umum, Hassan berkata, ia akan dibincangkan dengan pihak Kementerian Dalam Negeri bagi mendapatkan kebenaran untuk berbuat demikian.

“Kita kena bincang dahulu dengan kementerian. Saya yakin menerusi perbincangan tersebut akan lebih memudahkan penerbitan buku ini kepada orang awam,” katanya sambil menambah perbincangan turut melibatkan kegunaan buku berkenaan sebagai rujukan di Perpustakan Negara dan perpustakaan-perpustakaan negeri.

Jabatan Penjara sebelum ini menerbitkan buku ‘coffee table’ berkaitan sejarah penjara yang bertajuk ‘Sinar Keinsafan’ dengan 160 muka surat pada 2010.

Artikel Berikut

Pesawat Rosak Cabar Kesabaran

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain