suria

Menteri Kabinet BN Sudah Isytihar Harta Kepada PM, SPRM - Khairy

Khairy Jamaluddin.

PUTRAJAYA: Semua menteri kabinet daripada Barisan Nasional (BN) telah mengisytiharkan harta masing-masing kepada Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Selain menteri, katanya setiap anggota Parlimen juga perlu berbuat demikian. 

"Sebelum mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri, saya juga telah mengisytiharkan harta saya. Jadi isu (untuk mengisytiharkan) harta tidak timbul.

"Kami mungkin tidak mengisytiharkannya kepada umum tetapi kami telah melakukannya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri program "Projek Angkat Dan Upaya' (PADU), di sini Rabu.

Khairy berkata demikian sebagai mengulas cadangan anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa bahawa semua menteri kabinet dahulu dan sekarang perlu mengisytiharkan harta dan liabiliti mereka untuk mengelakkan pertelingkahan kepentingan.

Pada Selasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, semua anggota Parlimen BN telah mengisytiharkan harta mereka dan ini telah menjadi amalan biasa untuk beberapa waktu. 

Gesaan Tengku Razaleigh itu adalah susulan langkah anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengisytiharkan hartanya minggu lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Lain