PBT Nanning Siasat Insiden Gas Bocor - Wisma Putra - Semasa | mStar

PBT Nanning Siasat Insiden Gas Bocor - Wisma Putra

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa tempatan di Nanning, China sedang menjalankan siasatan mengenai insiden kebocoran gas yang mengorbankan lima rakyat Malaysia pada malam Ahad, menurut Wisma Putra.

Kelima-lima lelaki warga Malaysia itu dilaporkan meninggal dunia akibat keracunan gas karbon monoksida sementara seorang wanita rakyat Malaysia terselamat dalam insiden itu. 

"Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat insiden ini, dan para pegawai dari Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming sedang berusaha untuk memberi apa-apa bantuan yang perlu," menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mereka yang meninggal dunia ialah Chin Yoke Weng, 61; Seah Foon Hong, 48; Tay Chong Chai, 42;  Tan Bian Chiang, 41; dan Ng Wei Shan, 28; sementara wanita yang terselamat ialah Lim Ching Lin.

Dilaporkan mereka dipercayai terhidu gas beracun yang bocor semasa menginap di sebuah apartmen di sana.

"Kementerian Luar (Wisma Putra) ingin merakamkan simpati dan ucapan takziah kepada anggota keluarga mangsa," menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, kumpulan itu berada di Nanning untuk urusan perniagaan dan mereka memasuki China dari Guangzhou pada Ahad, 15 Mac sebelum menuju ke Nanning pada hari yang sama.

Wisma Putra , gas bocor

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain