suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRK Chempaka: Kerajaan Kelantan Umum Ahad Cuti Peristiwa

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan Ahad ini (22 Mac) sebagai cuti peristiwa sempena hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.   

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, langkah itu diambil kerana kerajaan negeri bersimpati dengan kesukaran yang bakal dihadapi pengundi memandangkan hari pengundian jatuh pada hari bekerja.  

"Harapan saya agar proses pengundian pada hari tersebut berjalan lancar dan aman," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Terdapat sejumlah 20,390 orang pengundi biasa bagi PRK itu yang menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas. 

PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42. 

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas Menteri Besar Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas.

DUN Chempaka

Artikel Lain