suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kebakaran Hutan Merebak Di Utara Sarawak

Lee (tengah) menunjukkan keadaan kepulan asap akibat kebakaran hutan secara besar-besaran di Kuala Baram, utara Sarawak pada Rabu.

MIRI: Satu kebakaran secara besar-besaran yang seluas sekurang-kurangnya 100 padang bola sepak berlaku di Kuala Baram, utara Sarawak pada Rabu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri memulakan usaha pengeboman air dari udara menggunakan sebuah helikopter bagi memadankan kebakaran di kawasan dianggarkan seluar 40 hektar.

Menteri Muda Komunikasi Sarawak, Datuk Lee Kim Shin membuat lawatan ke lokasi kejadian dan mengarahkan pendekatan bersepadu melibatkan pelbagai agensi dan syarikat swasta untuk menangani kebakaran itu.

Beliau berkata, usaha sedang dijalankan untuk meningkatkan tahap air bawah tanah bagi mengelakkan kebakaran berlaku ke dalam tanah.

Tambahnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Sekurang-kurangnya 82 anggota bomba, sukarelawan dan pekerja Naim Cendera, syarikat yang memiliki tanah itu sedang berusaha untuk memadam kebakaran.


Artikel Lain