suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hishammuddin Jelaskan Bayaran RM330,000 Untuk Belian Kereta Baharu

Audi Q5 2.0
LANGKAWI: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan beliau membayar secara tunai ketika membeli kereta baharunya kerana memperoleh baki yang mencukupi selepas beliau menjual kereta lama miliknya.

Menteri Pertahanan itu berkata demikian ketika mengulas mengenai borang pesanan jualan sebuah kenderaan mewah jenama Audi Q5 2.0 TFSI yang tersebar di media sosial.

Dalam borang itu menyatakan Hishammuddin membeli kenderaan tersebut secara tunai dengan kos, RM220,250 termasuk lain-lain kos.

"Inilah kerja mereka yang menggunakan media sosial untuk menyiasat perkara seperti ini.

"Kereta yang baru yang beli ini adalah untuk menggantikan kereta lama yang saya gunakaan sekarang. Kereta lama saya telah berusia lima tahun dengan jenama dan model yang sama. Saya hanya menjualnya kembali," katanya kepada pemberita di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2015 pada Khamis.

Artikel Lain