suria

PKR Umum Pendirian Selepas Undang-Undang Hudud Dibentangkan

Rafizi Ramli.

PETALING JAYA: Biro politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menyatakan pendirian rasmi parti itu berhubung pelaksaan undang-undang hudud sebaik sahaja Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 selesai dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Rabu.

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli menegaskan, selepas pendirian rasmi parti dikeluarkan, semua pemimpin PKR perlu merujuk dan akur kepada ketetapan tersebut.

PKR akan keluarkan kenyataan selepas pindaan enakmen dibentangkan di DUN Kelantan. 

"Pimpinan perlu merujuk kepada ketetapan dan pendirian parti melalui kenyataan itu," katanya melalui aplikasi Whatssapp lewat malam Selasa.

Kerajaan Kelantan pada Rabu membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di DUN Kelantan selepas ditangguhkan ekoran banjir besar melanda negeri itu Disember tahun lalu.

Seramai 45 Adun Kelantan akan mendengar pindaan enakmen itu dan seterusnya membuat undian sama ada menolak atau menyokong enakmen itu bagi membolehkan Kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut.

Kerajaan Kelantan dijangka tidak berhadapan dengan masalah untuk meluluskan pindaan enakmen berkenaan kerana PAS mempunyai 32 daripada 45 kerusi (melebihi majoriti 2/3 pertiga) di DUN Kelantan. Umno hanya mempunyai 12 kerusi sementara 1 lagi kerusi milik PKR.  

PKR, Rafizi Ramli, pendirian, hudud

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain