Ahmad berkata undang-undang itu tidak boleh digunakan untuk orang bukan Islam, walaupun mereka mahukannya.
Ini berikutan pindaan kepada kod sebelum ini yang memberikan orang bukan Islam pilihan sama ada mahu memilih hudud atau dibicarakan di bawah undang-undang konvensional.
Undang-undang tersebut mengandungi enam bahagian dan 71 seksyen.
Pembentangan berakhir pada pukul 11.40 pagi dan perbahasan sedang dijalankan.
Sidang DUN Kelantan terdiri daripada 31 wakil rakyat PAS, 12 Umno dan seorang dari PKR.


