suria

Terima GST Sebagai Satu Realiti - Tee Yong

Datuk Chua Tee Yong
PUTRAJAYA: Walaupun sesetengah orang berharap agar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan ditangguhkan, pendekatan terbaik ialah bersedia menghadapinya, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata harapan orang ramai agar GST dibatalkan adalah bukan langkah yang wajar. 

"Sebagai persediaan pelaksanaan GST, kita telah dibekalkan dengan garis masa yang panjang sejak Oktober 2013 hingga April ini.

Tee Yong mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Selasa, di mana beliau bukan sahaja mempersoalkan tentang daya maju GST tetapi juga meminta ia ditangguhkan.

"Sama seperti persediaan untuk peperiksaan atau kertas cadangan, kadang-kadang tidak pernah ada masa yang cukup namun keputusan yang bijak adalah dengan mendaftar dan bersedia menghadapinya," katanya.  

Tambahnya GST akan tetap dilaksanakan, jika tidak pada tahun ini, tetapi dalam masa terdekat. 

"Tidak mustahil akan ada sedikit masalah di peringkat awal namun aspek yang paling penting adalah kita bersedia untuk menangani sebarang isu," katanya.

Menurut beliau kementerian akan mengambil berat mengenai isu penipuan dalam GST memandangkan ia berterusan menjadi satu masalah bagi negara-negara lain yang melaksanakan GST, termasuklah Singapura.

"Akan ada 'tempoh nasihat' selepas GST dilaksanakan, dan ia meliputi pemasalahan dokumentasi serta salah faham syarat-syarat percukaian,  tetapi hanya disediakan untuk mereka yang telah mendaftar GST."  
GST, Datuk Chua Tee Yong

Artikel Lain