suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gangguan Air Di KL, Shah Alam Dan Klang Isnin Depan

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air sementara mulai 16 Mac ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata gangguan berlaku berikutan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air.

Di Shah Alam, kawasan yang terlibat ialah seluruh kawasan Seksyen 25 dari pukul 9 malam pada Isnin hingga hingga 6 pagi Selasa.

Di Klang, ia meliputi Taman Sentosa; Jalan Raja Nong; Specialist Medical Center; Jalan Sungai Jati; Taman Bijaya dan Sekolah Menengah Tinggi Hishamuddin dari pukul 9 malam pada Isnin hingga 11 pagi Selasa.

Di ibu kota, gangguan bermula dari pukul 9 malam pada Isnin hingga 9 pagipada Selasa melibatkan kawasan Pandan Jaya; Pandan Utama; Pandan Cahaya; Taman Bakti; Taman Cempaka; Taman Cahaya; Taman Nirwana; Taman Dagang; Taman Putra Sulaiman dan sebahagian Kampung Pandan Dalam. -

Sementara Kompleks Kediaman Kerajaan Jalan Duta; Duta Kensington Park;Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria;Segambut Dalam; Segambut Tengah; Segambut Bahagia; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut. Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Bukit Prima Pelangi; Jalan Kelapa Bulan; Jalan Kelapa Hijau; Jalan Kelapa; Sunrise; Mont Kiara; Sri Sinar;Sri Bintang; Bukit Sri Bintang; Taman Prima Impian dan Anjung Tiara, akan mengalami gangguan dari pukul 9 malam pada Isnin hingga 12 tengah hari Selasa.

gangguan air

Artikel Lain